top of page
WhatsApp Image 2021-03-02 at 12.26.50.pn

LOGO
SMK LIBRAN

MATA GEAR

Menunjukkan teknologi dan kemahiran yang cuba diterapkan dalam kalangan murid.

Setiap mata gear mewakili ciri-ciri pelajar cemerlang iaitu:

Rajin

Berdisiplin

Berketrampilan

Hormat-menghormati

Kreatif

Berwawasan

Rasional

Berakhlak



BUKU DAN OBOR

Menunjukkan kepentingan ilmu yang boleh memberikan cahaya dan menerangi masa depan warga sekolah.



PULAU DAN LAUT

Melambangkan identity sekolah yang mesra alam.



BENTUK PERISAI

Melambangkan keutuhan dan keteguhan ilmu dan iman yang menjadi pemangkin kepada kecemerlangan setiap amalan.



WARNA LATAR

Hijau - Keharmonian antara ketiga-tiga unsur Ilmu, Iman dan Amal

                      yang didokong oleh warga sekolah.

Merah - Semangat waja dalam menhadapi cabaran dan rintangan di era

teknologi.

Kuning - Penghormatan terhadap ilmu

Biru  - Kesejahteraan dan perpaduan dalam kalangan warga sekolah

                      dan masyarakat setempat.

Info: Welcome

LAGU SEKOLAH

Majulah SMK Libaran yang tercinta

Tempat kuntum-kuntum bunga kembang dan mekar

Indahnya menghiasi jambangan negara

Di sini putra putrinya bermula


Segala ilmu dituntut sepenuh hati

Dengan jujur, berhikmah dan berbakti

Guru dihormati, maruah dijunjung tinggi

Tersemat kukuh namamu di hati


Didikan yang diberi

Tak kami persiakan

Ilmu, Iman dan Amal

Itulah pegangan

MOTO SEKOLAH

Bersama Melangkah Ke Hadapan

FOKUS SEKOLAH

Kemenjadian Murid & Warga Berkualiti – Keutamaan Kami

PIAGAM PELANGGAN

Kami warga SMK Libaran dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:


  1. Berusaha memberikan pendidikan yang berkualiti kepada semua murid dengan adil dan saksama.

  2. Menyediakan kemudahan fizikal, peralatan, bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi serta persekitaran yang kondusif.

  3. Meningkatkan tahap profesionalisme diri guru dan  AKP supaya sentiasa dedikasi, berdisiplin, terlatih, bertanggungjawab dan produktif.

  4. Bertanggungjawab menjaga keselamatan, kebajikan, kesihatan, kebersihan dan disiplin murid.

  5. Mengadakan aktiviti kokurikulum seperti sukan & permainan, badan beruniform dan persatuan & kelab untuk semua murid.

  6. Mengadakan kelas tambahan/ intensif serta program motivasi murid bagi menghadapi peperiksaan awam.

  7. Melahirkan murid yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, beriman dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri.

  8. Mewujudkan hubungan baik dengan ibu bapa/penjaga, mempertingkatkan pemuafakatan dengan pelibatan masyarakat dalam mencapai matlamat pendidikan.

  9. Memberi layanan sopan dan segera kepada semua yang berurusan dengan SMK Libaran.

Info: What's Happening
photo6253390542830414135.jpg

Sejarah Sekolah

SMK LIBARAN salah sebuah sekolah luar bandar yang ditubuhkan pada tahun 2000 yang menumpang di SK Sg Padas, Batu 12, Sandakan. Pengasas sekolah ini ialah Encik Mutada bin Haji Karudin selaku Guru Besar SK Kg. Padas, Sg. Manila, Sandakan. SMK LIBARAN setakat ini  telah  diterajui oleh empat orang pengetua. Pelbagai aspek pengurusan sentiasa ditingkatkan termasuklah dari aspek bilangan guru, bilangan staf sokongan, bilangan kelas dan juga bilangan muridnya. Sehingga kini SMK LIBARAN merupakan sekolah sesi petang. Dijangka akhir tahun 2020, SMK Libaran akan mendapat bangunan baharu yang terletak di Pekan Muhibbah, Batu 12. Jarak antara tapak bangunan baharu dengan lokasi sekarang ialah 4.2 Km. Bilangan kelas yang ada sekarang berjumlah 13 bilik darjah berbanding bangunan baharu kelak akan mempunyai 24 bilik darjah.

Learn More
Info: About Us

©2021 by SMK LIBRAN. Proudly created with Wix.com

bottom of page